9 January 2013

Cara Untuk Sambung Master di UTM

Alhamdullilah, I have manage to graduate from Bachelor of Science in Industrial Chemistry setelah tiga tahun berhempas pulas with the classes and Final Year Project yang sampai sekarang memberikan nightmare kepada aku.


Tenkiu all for the gifts. I couldn't make it without all your supports and doa. tsk tsk

Happy Family. (*dua abang tak boleh datang T.T)
From left: Baba, Mak, Nenek, Me, Bakal suami, Acik dan Ani
Bawah: Haziq

Jadi, now dah habis, what to do? Kerja, sambung or tanam anggur je? 

Then, I've decided to pursue my study. Bila dah decide nak sambung, antara perkara yang perlukan decision yang besar ialah course apa nak sambung, jenis mode, dekat mana, biasiswa apa. Ingat sambung lagi senang rupanya lagi banyak benda perlu fikir. So, setelah melakukan kajian dan survey in term of all that, aku membuat keputusan untuk:

1. Kursus

Untuk memilih kursus Sarjana (Pembangunan Sumber Manusia). "Eh, kenapa tukar kos? Boleh ke dari Kimia nak pergi ke Pengurusan? Macam susah je" Well, tiada yang mudah untuk kita lakukan kalau mahukan sesuatu. I choose this course sebab since first year in degree hati mula tertarik dengan subjek pengurusan which means bukan aku salah pilih kos time degree, tak minat kimia (hey, kimia is always my favourite since form 4) or what tapi memang terminat. Tak salahkan ada banyak minat. Satu lagi bila terfikirkan Projek Sarjana Muda yang seperti tiada hidup itu, aku memilih untuk menukar haluan. We never know if we never try so I've decided to take the risk :)

Nak apply hanya mudah. Disebabkan aku telah mendapat tawaran untuk sambung tetapi dalam bidang kimia, apa hanya perlu dilakukan is make a new application or just go to SPS untuk menukar bidang yang ada pada surat tawaran. So they just print out a new letter yang hanya tukarkan bidang kursus kita and the old surat tawaran is still valid untuk info-info lain seperti jumlah yuran serta borang-borang pendaftaran yang lain. 

2. Mode kursus

Di UTM ada tawarkan tiga jenis mod kursus iaitu penyelidikan, penyelidikan+kerja kursus (kursus campuran) dan kerja kursus sahaja. Ketiga tiga mod ini adalah sangat berbeza. 

Untuk mod penyelidikan, ia hanya melibatkan penyelidikan. Ini sangat sesuai untuk mereka mereka yang sangat anti-class time degree or exams sebab mod ini hanyalah kerja di antara kita dan supervisor tercinta sahaja (bodek sikit ada tercinta) which means segala urusan kerja, tajuk penyelidikan, writing up, lab work bergantung kepada what our supervisor wants. Jadi, hubungan baik antara supervisor dengan kita amatlah penting memastikan kita dapatkan menghabiskan pengajian kita dengan jayanya. 

Untuk mod campuran or mixed mode adalah gabungan antara kerja kursus dan penyelidikan. "Eh ada dualah, lagi susah T.T" 
Nope susah senang ini depends on individual. For me, I choose this mode sebab sedar diri yang I have to start from scratch sebab kos yang diambil is totally new so kenalah ada sedikit basic yang diajar dalam kelas. 

'Kenapa tak ambil kerja kursus? Semua kelas tak perlu campur'
Sebab aku perlu berfikiran jauh sebab niat dan cita-cita ingin menjadi pensyarah, jadi dalam hati mesti dah tanamkan niat ingin menyambung PhD. PhD hanyalah mod research jadi untuk memastikan time PhD tidak juga terkontang kanting, basic research juga perlulah ada. 

Cerita sikit in this mod:
Disebabkan aku bercadang untuk menamatkan pengajian 'got' - graduate on time, setahun setengah. Aku pilih untuk menghabiskan semua kelas pada Semester 1 dan 2 supaya Semester 3 kita boleh solely focus on research. Biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 

Lastly, untuk mod kerja kursus, of course is totally focus on classes, assignments, final and examinations. 

3. Biasiswa

Untuk my master, pada mulanya aku memilih untuk menggunakan MyBrain tetapi MyBrain hanya menawarkan bayaran yuran sahaja which means tiada duit poket. Then, setelah berkira-kira aku memilih untuk menggunakan pinjaman MARA. Walaupun ia hanyalah pinjaman tetapi MARA memberikan duit poket setiap bulan sebanyak RM 805. Cukuplah untuk menampung keperluan diri yang bujang ini serta berikan sedikit untuk parents. MARA juga menawarkan pengurangan iaitu kita hanya perlu membayar sebanyak 25% dari jumlah yang dipinjam. So, it quite worth it. 

*Bagi yang mengambil mod penyelidikan, anda tidak perlu risau kerana jika supervisor anda ada geran penyelidikan, mostly supervisor sendiri yang akan allocate the grant money untuk student dia. Depends on the grant, yang banyak grant selalunya bayar student mereka RM1500-RM1800 every month for master student. 

Jadi, semoga aku berjaya dalam perjuangan yang baru ini :D